Saturday, 1 December 2012

Someone Special ~

Assalamualaikum, hai kawan kawan. Harini aku nak cerita yang aku ada minat sorang ni lah. Hm silap ke kalau aku nak minat orang ni? Aku dah ada gf, tapi still minat orang lain. Salah ke eh? Hm... Serba salah ah do. Okay aku nak cerita macam mana aku boleh jumpa budak ni.

Aku jumpa dia ni hujung tahun masa aku darjah 6, time aku nak masuk form 1 lah tak silap aku. Aku jumpa dia dekat padang MPAJ dekat padang area rumah aku lah, time tu aku nak lawan bola. Haih time aku nampak dia tu aku terus cair dengan dia. Dia muka dah ada, baik pulak tu, badan pun boek haha. Siapa tak cair dengan dia kan.

Sampai sekarang aku minat dia, sekarang aku dengan dia dah jadi kawan. Dia ni baik gila, suka belanja aku makan lah, kalau g mana mana dengan dia kadang2 dia yang payung aku semua. Aku ni dah cam ambil kesempatan dah dekat dia, tapi sebenarnya tak. Aku memang suka keluar dgn dia, dia ni cool lah. Releks je en, dia cerita masalah dia, aku cerita masalah aku kat dia. Kita orang ni sefahaman lah cewah haha. Yeahh aku memang dah suka sangat berkawan dengan dia.

Aku rasa semua orang suka berkawan dengan dia ni tau, dia ni annoying sikit, suka buat orang gelak cam anjing hahahaha. Memang best lah kawan dgn dia. Bila aku susah, dia selalu ada. Kalau aku perlukan dia, dia selalu ada dengan aku. Dia ni form 5 skg sebaya dengan aku lah, masa form 1 ke form 2 tah aku dengan dia satu kelas. Hahaha lagi lah hubungan kita orang rapat en. Siapa yang couple dengan dia ni memang untung lah do. Aku kenal dia aku tahu perangai dia mcm mana, dia kalau dah sayang orang tu dia sanggup buat apa sahaja. Aku kalau boleh nak je couple dengan dia ni, tapi malangnya aku lelaki sebab dia pun lelaki hahahaha. Korang jangan salah faham, ni aku cerita pasal my bespren ah. Saja je nak korang rasa cam "Weh Johan ni biar betul, dah ada awek pun nak ada crush" hahahaha. Takda makna lah aku nak ada crush. Aku setia aaa weh.

Aku cerita ni pasal kawan baik aku, nama dia Mohd Azri b. Mohd Asik. Tapi memang betul aku kenal dengan dia dekat padang sebab nak lawan bola dengan team dia haha. Aku cakap dia ada muka tu sebab takkan nak cakap dia handsome, nnt kantoi lah dia laki en haha and yang badan boek tu bermaksud dia tough hahaha. Lek lek buat peace. Aku bukan gay okay t(-.-t)


               
    Ini lah gambar kami. Sorang cutezz and sorang handsome kan? Hahahahaha lol


Okay sampai sini jelah yang saya nak cerita, nantikan cerita seterusnya ceh cam ada orang nak baca je -.- haha bye assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment