Assalamualaikum. Hai, ni aku nak cerita kisah cinta orang kat atas ni haa. HAHAHAHAH. Takda lah, aku gurau je. Sebenarnya aku nak cari gambar yang comel sikit nak letak tapi aku jumpa gambar ni pulak hahahah. So aku letak lah. hahahaha. Harini aku nak cerita kisah aku hahaha. "Jambu ah mamat ni" mesti ayat ni terlintas kat kepala otak korang en? Hahaha suka hati lah weh. Tengok je aku macam ni. Padahal jiwang dooo. Okay nak mula dari mana eh. Emmmm *fikir* haa ok dah dapat dah.
Okay aku cerita ni mmg jujur eh. Dulu aku tak suka serious dengan perempuan, aku fikir yang ni semua cinta monyet je. Nnt mesti break juga. Dulu aku suka game perempuan lah apa lah itu lah. Haih biasalah dulu aku kan baru nak up. Otak pun cetek je. Tapi bila satu saat ni aku nak serious dengan perempuan, mulalah perempuan tu game aku balik. Perempuan tu minta break tanpa sebab, minta break sbb dia syok dekat orang lain ha ha sedih betul. Start situ aku mmg dah tak tahan dengan perempuan, so aku ambil keputusan taknak serious dengan perempuan dah.
Lama kelamaan, aku sedar yang aku ni macam orang bodoh yang mainkan perasaan orang. Macam orang bangang. Aku sedar yang aku buat silap, start dari situ aku mula insaf, aku mula cari seseorang yang boleh ubah aku sikit demi sedikit. Yeahh aku dah dapat cari seseorang tu, tapi malangnya kita orang tak kekal lama sebab dia masuk asrama. Dia taknak aku bosan tunggu dia. Act aku dengan dia tak couple pun, kawan je.
Dia memang baik, ajar aku macam macam pasal agama ni, suruh aku solat lah, tutup aurat lah itu lah ini lah. Siapa yang taknak orang macam tu kan. Hm okay lepas dia masuk asrama aku mula jadi macam dulu balik, bila dah lama sikit aku sedar memang betul2 sedar lah en. Lepastu aku jumpa budak pengawas ni, nama dia Najihah haha. Sebenarnyakan dulu kita orang pernah couple tapi seminggu je, couple contract gitu. Time dia form 2 tak silap. Time tu kan aku teruk lagi ~.~ so aku tak pandai nak menghargai dia. Aku cakap dgn dia yg aku nak couple memain and seminggu je. Lepastu terus break cam orang bodoh. Haih bodoh aku ni. Sumpah nyesal. And dulu dia adik angkat aku haha.
Then tahun ni aku mmg tertarik gila lah dengan dia en haha aku cuba dekat balik dengan dia, contact dia balik apa semua. Aku kan suka jujur en, aku cakap lah kat dia yang aku suka dia., tapi dia tak percaya. Okay biarkan. Time aku tgh ayat dia, ada pulak orang yang kacau daun en. Budak ni pun tgh ayat dia, gila tak jeles. Firstly memang aku rasa nak lawan en dgn dia, nak bersaing pastu lama lama aku rasaa macam aku ni takde harapan nak dapat Najihah ni. pastu aku tweet ah yang aku dah malas nak lawan en, dah give up apa semua pastu dia msg ke apa tah lupa laa. Dia kata jangan lah give up. Pastu aku terus semangat balik hahaha.
Lepas dah lama sikit, aku minta couple. Aku minta couple depan depan tapi aku tulis dekat handphone then bagi dia baca. Weh aku bkn nya gentleman sangat do hahaha, gila kepe nak cakap depan2. Buatnya dia tolak, mati bunuh diri aku kat situ haha. Lepas dah tunjuk handphone tu dia cam.... tak tahu nak cakap macam mana. Pastu dia cakap, hari Selasa baru dia bagi jawapan. Ekceli time aku minta couple tu hari Jumaat.
Haa tunggu punya tunggu en, masa hari apa tah aku cam give up ah. Rasa cam dia tak suka aku and akan tolak aku, pastu bila hari Selasa tu aku terkejut yang dia terima aku hahahaha. Tak sangko den. Yelaa aku kan teruk, dia baik. Ada pulak orang baik nak orang teruk ni en. Pastu habisss dah cerita aku ni haa hahaha. Okay ending tepape en. hahaha. Sorry. You know what? I love my girl so much. and i miss the old us. Kita orang dah tak macam dulu dah. And lupa nak cakap yang Najihah ni lah yang banyak ubah aku dari negative ke positive. Thanks sayang <3
Okay thanks sebab bacaa ea wahai pembaca ~n_n~ Assalamualaikum.